FAQs

FAQs FAQs

Q:Bagaimana haid berfungsi?

A:Wanita mengalami haid selama 35 hingga 40 tahun dalam hidup mereka. Oleh sebab setiap waktu haid berlangsung selama lebih kurang lima hari dalam sebulan, kebanyakan wanita perlu mengalaminya selama lebih daripada enam setengah tahun pada keseluruhan hidup mereka. Haid adalah suatu proses penting dalam tubuh wanita.

Terdapat 4 fasa dalam proses haid:

Terdapat 4 fasa dalam proses haid:

1. Fasa proliferat (fasa folikel)

1. Fasa proliferat (fasa folikel)

Sewaktu fasa ini, suatu folikel primari mula tumbuh di dalam ovari, dicetuskan oleh suatu hormon perangsang folikel yang dirembeskan oleh kelenjar pitituari. Apabila folikel beransur matang dan hormon estrogen dirembeskan, dinding uterus mula menebal.

2. Ovulasi

2. Ovulasi

Ovum terpacul dari folikelnya apabila paras hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon meluteinkan (LH) mencapai tahap puncak masing-masing dan merangsang folikel tersebut. Keadaan ini dirujuk sebagai ovulasi. Sesetengah wanita merasa sakit di bahagian bawah abdomen pada waktu ini.

3. Fasa rembesan (fasa luteum)

3. Fasa rembesan (fasa luteum)

Selepas ovulasi, hormon progesteron menyebabkan dinding uterus terus menebal dan membentuk suatu kusyen sebagai persediaan dinding uterus untuk mensenyawakan telur yang tertanam di dalamnya.

4. Fasa haid

4. Fasa haid

Sewaktu fasa haid, kehamilan berlaku apabila telur yang berovulasi disenyawakan oleh sperma dan mengimplan dirinya ke dalam dinding uterus. Jika kehamilan tidak berlaku, paras estrogen dan progestron menurun dan uterus akan meluruhkan dinding yang tidak digunakan dan mengeluarkannya bersama-sama darah. Proses ini dirujuk sebagai haid.

Q:Apakah penyebab haid?

A:Dinding bahagian dalam uterus dilapisi suatu bahan yang dipanggil endometrium. Dinding uterus ini beransur-ansur menebal sewaktu kitaran haid dan menjadi setebal lebih kurang satu sentimeter sebelum haid bermula.

Anda mungkin membayangkannya seperti sejenis dinding pejal, tetapi sebenarnya endometrium adalah selapis tisu yang terdiri daripada sel, kapilari dan kelenjar yang mengeluarkan rembesan.

Apabila haid bermula, lapisan permukaan endometrium yang berfungsi ini pecah dan mengelupas. Inilah yang menyebabkan pendarahan sewaktu haid. Mungkin ada ketulan darah yang keluar sewaktu haid anda sedang banyak. Ini disebabkan tubuh anda tidak dapat mengeluarkan enzim yang secukupnya untuk menghalang darah daripada membeku, lantas mengakibatkan senggugut.

Q:Berapa lamakah jangka masa haid yang sepatutnya?

A:Jangka masa haid yang biasa adalah selama 3 hingga 7 hari.

Q:Mengapa haid saya berlangsung selama beberapa hari?

A:Cecair haid memerlukan beberapa hari untuk keluar, bukan hanya disebabkan saiz uterus atau paras rembesan hormon pada bulan tersebut, tetapi juga disebabkan oleh saiz lubang untuk haid mengalir ke faraj. Pintu ke uterus sangat sempit, lebih kecil daripada lubang straw minuman. Ini bermakna darah mengambil masa beberapa hari untuk keluar melaluinya.

Sewaktu haid, uterus mengecut untuk mengeluarkan darah di dalamnya, seperti kita memicit tiub untuk mengeluarkan warna. Kedudukan uterus juga mempengaruhi cara darah dikeluarkan. Dalam kedudukan normal, sudut uterus membolehkan darah keluar dengan lancar. Akan tetapi, pengeluaran darah terganggu jika uterus terlalu senget ke hadapan atau kebelakang, menyebabkan pendarahan berlaku dalam jangka masa yang lama atau seolah-olah terhenti dan kemudian bertambah banyak selepas itu.

Q:Berapa lamakah kitaran haid?

A:Kitaran haid yang biasa adalah 28 hari tetapi ia berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain. Kitaran dikira sebagai normal jika ia berlaku selama 21 hingga 35 hari. Kitaran anda dikira dari Hari Pertama haid anda bermula dan berakhir sebaik sahaja haid selepas itu bermula.

Q:Apakah yang ada di dalam darah haid?

A:Darah haid terdiri daripada lapisan uterus yang tertanggal (dipecah dan dikeluarkan) dan juga partikel tisu dan rembesan hormon.

Q:Mengapa saya merasa jengkel dan tidak selesa sebelum haid saya bermula?

A:Ramai wanita merasa rimas dan risau sewaktu tempoh prahaid disebabkan perubahan besar pada paras hormon mereka. Simptom ini dikatakan berpunca daripada PMS (Sindrom Prahaid). Ketahui lebih lanjut mengenai PMS di sini

Q:Mengapa senggugut menyakitkan?

A:Senggugut disebabkan oleh pengecutan uterus apabila ia cuba menolak darah haid keluar. Ia juga boleh disebabkan oleh kesebakan pelvis kerana ketidakseimbangan hormon, peredaran darah yang tidak bagus dan stres. Baca petua menangani senggugut di

Q:Mengapa haid saya tidak teratur?

A:Ada beberapa perkara yang menyebabkan ia berlaku. Pertama, hormon anda mungkin tidak seimbang. Stres juga adalah faktor penyumbang lain kepada haid yang tidak teratur. Diet atau riadah yang melampau juga boleh menyebabkan haid tidak teratur. Jika masalah ini berterusan, kami menasihatkan anda supaya berjumpa pakar ginekologi.

Q:Adakah jika ada lelehan faraj itu di anggap normal?

A:Ya, itu biasa - semua wanita mengalami lelehan faraj! Lelehan faraj adalah gabungan mukus serviks dan rembesan faraj. Ia mempunyai fungsi perlindungan yang penting dengan memastikan faraj sentiasa basah dan menghalang bakteria dan kuman lain daripada memasuki uterus. Ini adalah sebahagian daripada mekanisme pembersihan kendiri faraj.

Q:Bagaimana saya hendak tahu lelehan faraj saya adalah normal?

A:Lelehan faraj normal biasanya jernih, keputih-putihan atau kekuningan sedikit. Baunya sepatutnya tidak begitu ketara atau tidak berbau langsung. Ia sepatutnya tidak gatal atau menyebabkan rasa tidak selesa sewaktu buang air kecil atau sewaktu melakukan hubungan jenis.Sekiranya lelehan faraj anda berwarna kelabu atau hijau, berbau memualkan, atau menyebabkan rasa sakit atau gatal, pergilah berjumpa pakar ginekologi dengan segera.

Q:Mengapa kadang-kadang sewaktu haid kulit saya meruam dan gatal?

A:Agak ramai wanita yang menghidap ruam dan mengalami gatal-gatal sewaktu haid tetapi bilangannya sudah agak berkurangan dengan meningkatnya kualiti tuala wanita.

Penyebab utama ruam dan gatal-gatal sewaktu haid adalah kelembapan dan melecet. Faraj yang sentiasa bersentuhan dengan tuala wanita menjadi sentiasa lembap. Anda boleh mendapat ruam dalam keadaan seperti itu kerana aliran haid yang masih ada dan juga peluh yang tidak diserap oleh tuala wanita merengsakan kulit.

Penyebab yang lain ialah melecet. Apabila kulit kering, misalnya, kulit yang bergesel dengan tuala wanita boleh melecet apabila anda bergerak atau berjalan.

Q:Bagaimana saya boleh mengelakkan daripada terkena ruam dan gatal-gatal sewaktu haid?

A:Pilih tuala wanita yang menawarkan keselesaan - cuba salah satu daripada rangkaian produk kami di

FAQs

Anda juga hendaklah sering menukar tuala wanita (sekali setiap 3-4 jam) dan pastikan kebersihan diri anda terjaga sewaktu haid. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup untuk meningkatkan imuniti anda kerana anda lebih mudah terkena ruam apabila ketahanan diri anda lemah.

Jika anda mendapati ruam dan gatal-gatal itu berlarutan walaupun setelah mengambil langkah-langkah pencegahan, anda mungkin mempunyai kulit yang sensitif atau alergi. Dapatkan nasihat daripada pakar ginekologi atau ahli dermatologi untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.

You might be interested in the articles related to following keywords:

RECOMMEND

Tiada hasil carian ditemukan