1. HOME
  2. SOFY MEMAHAMI
  3. Top 5 FAQS
  4. pastikan anda selesa sewaktu haid

pastikan anda selesa sewaktu haid

pastikan anda selesa sewaktu haid pastikan anda selesa sewaktu haid

Tukar tuala wanita anda dengan kerap

Tukar tuala wanita anda dengan kerap

Kebersihan diri harus diutamakan ketika haid. Tuala wanita anda harus ditukar dengan kerap walaupun ketika anda melalui hari aliran haid yang sedikit. Jika tabiat ini diabaikan, kelembapan pada kawasan tuala wanita anda akan menyebabkan jangkitan, contohnya yis.

Anda dinasihatkan supaya menukar tuala wanita anda sekurang-kurangnya setiap 3 hingga 4 jam.

Berendam dalam air hangat

Berendam dalam air hangat

Sesetengah orang percaya anda tidak sepatutnya berendam di dalam tab mandi sewaktu haid. Ini tidak menjadi masalah jika air itu bersih. Sebenarnya berendam dalam air hangat membantu melancarkan peredaran darah dan melegakan simptom haid. Jika aliran haid anda sedang banyak, cuba gunakan tampon.

Tidak bersenam berlebihan

Tidak bersenam berlebihan

Senaman dan regangan ringan membantu anda merelakskan tubuh anda dan melancarkan pengaliran darah. Anda boleh bersenam seperti biasa, tetapi ingat, jangan keterlaluan dan berhentilah jika anda berasa tidak sihat. Bersenam melampau sewaktu haid boleh menyebabkan sakit perut, pening-pening dan sakit-sakit di seluruh badan.

Makan makananyang kaya dengan zat besi dan protein

Makan makananyang kaya dengan zat besi dan protein

Oleh kerana anda kehilangan darah, tubuh anda terdedah kepada anemia (keadaan di mana tubuh anda tidak mempunyai sel darah merah sihat yang mencukupi) sewaktu haid. Akan tetapi, anda boleh meningkatkannya dengan mengamalkan pemakanan yang mengandungi zat bezi dan protein yang tinggi, seperti daging lembu atau kambing, kuning telur, kekacang, lenti, articok dan hati.

Rehat secukupanya

Hormon wanita yang berparas rendah sewaktu haid bukan sahaja akan mengganggu uterus anda tetapi juga bahagian tubuh anda yang lain- Sesetengah wanita juga akan mengalami pendarahan hidung atau cirit-birit. Walaupun setiap tubuh orang akan mengalami keadaan yang berbeza, simpton masih akan muncul ketika seseorang itu berada di dalam keadaan yang paling lemah. Seluruh sistem pertahanan tubuh anda akan menjadi lemah ketika haid, jadi pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.

Pastikan tubuh sentiasa panas

Peredaran darah yang kurang lancar boleh menyebabkan kesesakan di bahagian pelvis sewaktu haid. Pastikan tubuh anda sentiasa hangat untuk membantu peredaran darah, dan pada waktu yang sama melegakan senggugut. Cuba cari cara untuk mengekalkan suhu badan anda supaya ia sentiasa hangat terutamanya di bahagian perut dan bahagian bawah belakang anda, seperti menggunakan tuaman panas.

You might be interested in the articles related to following keywords:

RECOMMEND

Tiada hasil carian ditemukan