1. HOME
  2. SOFY MEMAHAMI
  3. Top 5 FAQS
  4. Period 101

Period 101

Period 101 Period 101

Apa itu PMS?

PMS merujuk pada suatu kumpulan simptom keresahan fizikal dan mental yang berlaku lebih kurang 1-2 minggu sebelum haid bermula. Simptom-simptom ini selalunya hilang apabila darah haid mula keluar. Simptom PMS disebabkan oleh perubahan drastik hormon wanita yang berlaku selepas ovulasi. Sesetengah penyelidik menyalahkan hormon progestasional, namun penyebab sebenar PMS masih belum dikenal pasti.

Walaupun anda mungkin merasa sakit sewaktu PMS, jangan bimbang kerana bukan anda seorang yang mengalaminya! Lebih kurang 40.1% wanita mendakwa mereka "sentiasa" mengalami PMS, dan lebih kurang 51.9% "kadang-kadang" mengalaminya.

Simptom biasa

Terdapat berbagai-bagai jenis simptom yang dikaitkan dengan PMS, tetapi yang 5 Teratas adalah:

  1. Kejengkelan
  2. Sakit di abdomen
  3. Sakit kepala
  4. Mengantuk
  5. Sakit atau bengkak pada buah dada

Sesetengah gadis juga melaporkan munculnya jerawat, kembung, naik berat badan, dan perubahan pada selera apabila mengalami PMS. Walaupun PMS membawa banyak ketidakselesaan, simptom-simptomnya akan hilang sebaik sahaja haid anda bermula.

Menangani PMS

Terdapat berbagai cara untuk membuat fasa PMS lebih selesa.

Hilangkan stres

Hilangkan stres

Kajian telah mengesahkan bahawa stres memburukkan simptom PMS. Oleh itu, apabila PMS berlaku, cubalah relaks dan kurangkan kesibukan. Simptom yang tidak menyenangkan tidak akan hilang begitu sahaja jika tidak diendahkan, malah ia akan lebih teruk dan menambahkan lagi stres anda.

Diet

Diet

Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kafeina yang tinggi, seperti kopi, begitu juga gula dan garam. Pengambilan makanan tambahan mengandungi nutrien seperti vitamin B6 dan E, kalsium, magnesium dan isoflavon soya juga membantu.

Bersenam

Senaman memang pasti boleh membantu melawan kesan PMS. Yoga misalnya, membantu mengurangkan simptom. Cubalah beberapa gerakan yoga mudah ini untuk mengurangkan simptom PMS.

Gerakan regangan sisi yang mengawal perasaan maran

Gerakan regangan sisi yang mengawal perasaan maran

Being seated for a long time leads to muscle tension and interrupt blood circulation. Bad blood and lymph flows are amongst the causes of irritability. While facing forward, bend to each side while stretching your back and you will find that this will help you relax.

Gerakan meregang tulang belakang yang menyegarkan semangat

Gerakan meregang tulang belakang yang menyegarkan semangat

Adakalanya apabila anda berasa murung atau emosional, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda (pernafasan abdomen) dan regangkan tulang belakang anda. Ini meningkatkan peredaran darah di belakang, bahu dan tangan anda, lantas membuat anda merasa segar dan bersemangat.

Gerakan kucing yang melegakan ketegangan bahagian bawan abdomen

Gerakan kucing yang melegakan ketegangan bahagian bawan abdomen

Ini adalah senaman pelvis yang hebat dan membantu melegakan sembelit dan bengkak pada bahagian bawah abdomen. Mula-mula, buat posisi merangkak. Kemudian, lentikkan belakang anda, dan hadapkan muka anda ke langit. Kemudian, lengkungkan belakang anda sambil menggerakkan muka ke arah lantai semula. Buat gerakan ini sebanyak 15 kali.

Gerakan tulang/tunjang belakang membantu seluruh badan beresa lego

Gerakan tulang/tunjang belakang membantu seluruh badan beresa lego

Menyelesakan peredaran darah, limfa dan tenaga di seluruh tubuh adalah jalan singkat untuk melegakan bengkak sebelum haid dan menghilangkan rasa tidak selesa. Berdiri tegak dan pusing badan ke kiri, kemudian ke kanan.

You might be interested in the articles related to following keywords:

RECOMMEND

Tiada hasil carian ditemukan